Friday 18 May 2012

Sungguh! Daku merinduimu jiddan-jiddan...

Alhamdulillah...
Sekali lagi saya berkesempatan untuk post entry baru dalam smilefromyourheart.. 
Semua ini adalah nikmat dariNya yang masih lagi sudi memberikan saya peluang untuk bernafas di bumiNya yang sungguh indah ini!
Lumrahlah hidup ini apabila adanya perpisahan...
Sebelum berlakunya perpisahan, maka akan wujudnya dahulu pertemuan...
Mengapa saya menulis entry berkaitan perpisahan ni???
Macam sedih aje kan?
Ini kerana saya akan berpisah dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya sepanjang berjihad menuntut ilmuNya di bumi berkat MMP(Maahad Muhammadi Perempuan)
Lima tahun lamanya saya dan sahabat-sahabat bersama.
Setiap hari menatap wajah masing-masing.
Bagaikan tiada rindu yang akan dibawa pulang ke rumah.
Hahaha!!!(mengeluh berat)
Sebenarnya saya sangat merindui sahabat-sahabat ini.
Sungguh!
 Saya sangat menyayangi mereka...
Tulus saya katakan...
Sebenarnya dalam hidup ini, perpisahanlah yang paling saya tidak suka...
Tapi, fitrahlah perpisahan kan?
Walau macam mana kita tidak suka pun...
Kita pasti akan mengalaminya juga.

Dulu semasa kecil(usia saya dalam darjah 3),
itulah mungkin perpisahan yang paling berat yang saya pernah alami...
Dek kerana berpindah rumah baru,
Saya terpaksa berpisah dengan rakan-rakan di sekolah...
Terpaksa jua berpindah sekolah!
:(
Dalam bilik tiap-tiap hari menangis berseorangan kerana teringat rakan-rakan di sekolah lama...
Hahaha...
Lamalah jugak perasaan sedih ni nak hilang kan?
Sejak daripada perisiwa inilah saya akan mudah untuk nak menangis dan sebak apabila mengenali seseorang dan terpaksa berpisah dengannya
Dan kini, perpisahan yang besar juga dalam hidup saya akan berlaku...
Bila dewasa macam ni,
Barulah saya pandai mengawal perasaan sendiri.
Meluahkan kesedihan dan kerinduan melalui tulisan...

Kepuasan saya dapat apabila menulis...
Bagaikan terluah semua beban di hati ini!
Tidak lagi menangis hiba keseorangan...
Rindu juga akan teman-teman PLKN di kem Etnobotani, Gua Musang, Kumpulan 1 Siri 9/2012.
Emhhh!
sahabat-sahabat yang kurindui dan sayangi kerana Allah...
Moga hidup kamu semua sentiasa dilimpahi barakah rahmah daripadaNya.
Perpisahan yang kita lalui ini tidak semestinya untuk selama-lamanya.
Sekiranya jodoh kita masih ada di dunia ini,
insyaAllah akan diketemukan kita olehNya Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati dan fikiran hambaNya...
Cuma satu yang ku pinta darimu sahabat-sahabat,
Jangan pernah melupakan ukhuwwah persahabatan yang pernah kita sama-sama bina ini.
Jangan pernah!
Jangan pernah lupa ya, sahabat!





~moga kutemui kebahagiaan dalam pertemuan. 
~kerinduan dalam perpisahan. 
~kenangan dalam perkenalan.




No comments:

Post a Comment