Tuesday 15 May 2012

Aurat....:)




Emh! sedihlah melihatkan kepada dunia akhir zaman ni...
Tak payah lihat jauh-jauh! Lihat kepada remaja-remaja Melayu Islam di Malaysia ni jerrr
Saya lihat ramai kawan-kawan lama tampaknya telah tersalah tafsir cara pemakaian Islam yang sebenar...
Kalau yang faham pun just faham separuh aje.
Bukan faham semua.
Ada yang faham kena tutup aurat, jadi diorang tutuplah!
Memang betul tutup.
Tapi pakai seluar ketat
Pakai tudung tidak menutupi dada
Pakai baju menampakkan warna kulit
Mereka faham tidak menyeluruhi.
Ada jugak yang tahu dan faham.
Tapi, dek kerana terpengaruh dengan kawan-kawan, sogokan daripada artis-artis pujaan dan sebagainya,
mereka tetap berpakaian begitu yakni pakaian yang tidak menepati syarak.
Malah ada yang berasa malu kerana akan dikatakan ketinggalan zaman sekiranya hanya memakai baju kurung bersama tudung labuh.
Tidak up to date lah katakan..

Emh! Buat sahabat-sahabat yang membaca entry saya kali ini.
Ayuh sama-sama kita bendung suasana begini pada hari ini.
Jom sama-sama berusaha untuk memahamkan mereka yang tidak faham ini.
Doakanlah kawan-kawan kita ini setiap kali selepas kita bersolat.
Andainya tidak kita mampu untuk menegur secara berhadapan dengannya.
Tunjukkan contoh yang baik sahaja mampu membuat mereka berubah.
Inilah juga dikatakan dakwah.

Sesungguhnya saya menulis entry ini kerana berasa bertanggungjawab dek melihat kepada suasana pemakaian hari ini...
Saya sayangkan semua saudara-saudara seagama saya samada saya mengenalinya mahupun tidak.
Sedih melihatkan semakin ramai yang terpengaruh dengan pemakaian legging meskipun bertudung:(




No comments:

Post a Comment