Saturday 23 June 2012

Dokor Muslimah Solehah

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali nak mula tulis entry baru mesti keluar keluhan berat dari mulutku.
Mengapa?
Entahlah!!! Tak taulah nape.
Mungkin x ada idea...
^_^
huhuhu..
Tp, bila dah start tulis, bnyklah plak idea yg beratur-atur nk keluar.

Camne ye kehidupan sbg seorng mahasiswa?
Cabarannya camne yek?
Dah terbyang kesibukannya tp, btol ke mcam yg aku byangkan?
Bila fikir tntng kehidupan baru yg bkal aku tempuhi, mcm2 perasaan hdir.
Gembira, takut, sedih, suka???




Takut?
takut dr segenap segi sebenar-benarnya lbih2 lg yg mencabar iman.
Ya Allah kuatkan dan teguhkanlah imanku!
Gembira?
iyalah nak hdapi dunia baru. dunia lain.
Sedih?
nak berpisah dgn mama, abah, adik beradik, nenek, aunty, uncle, cousin, friends and so on lah.


Cita2ku dah lama sangat terpendam dlm hati ni.
Nak sangat99.
Nak jd seorng doktor muslimah solehah.
Ameen...
Alhamdulillah, rezeki nak smbng medik ada.
Semoga Allah permudahkan jalanku menuju cita2ku ini.
(Doakan kejayaanku ya, sahabat yg ku kasihi kerana Allah semua)


 Dr Muslimah Solehah?
Agar setiap detik nafasku berhembus, asma Allah sentiasa meniti di bibir.
Mencari keberkatannya dlm setiap pekerjaanku.
Nanti nak rawat patient, di akhir sesi rawatan bg nasihat kpd mengingati Allah yg Maha Menyembuhkan.
Semuanya bergantung pada Dia.
Jika Dia kata sembuh,maka sembuhlah.
Jika x?
Terimalah.
Kerana segalanya dtng drNya.
Semua yg Dia kehendaki adalah yg terbaik buat hambanya.
Doktor adalah manusia biasa.
Yang mana kudratnya jua drpd Allah.
Ilmunya drpd Allah.
Fikirannya drpd Allah jua.
Kerana dia yg mengilhamkan kpd doktor itu.


Emh!!!
Medik familiar sangat dgn perkataan susah, payah, sukar.
X boleh dipisahkan.
Tp, semua bidang susah.
Cuba ckp apa yg senang dan mudah?
Teringat kata2 seorng kakak yg merupakan pljr tahun lima dlm bidang perubatan yg mana aku temui dia ketika menghadiri satu program di KUIS,
"Akak akui medik ni payah. Bukan setakat payah tapi, sangat payah!
Tp, akak minat sangat2.minat jiddan2! So, minat ni lah yg buatkan akak rasa pelajaran yg akak hdapi tu senang.".
Alhamdulillah.
Rasa termotivasi dngr kata2 kakak tu.
Bersemangat rasanya bila teringat kat akak tu.
Moga2 akak tu dpt selesaikan pengajiaanya dgn berjaya.


Disebalik impianku untuk bergelar Doktor muslimah solehah...
Terselit cerita2 dan kisah2 yg menjadi pendorong kuat kpd diriku.
Doktor sinonim dgm membantu dan menolong.
Iya, aku akui aku suka membantu dan menolong walaupun kadang2 terpaksa menyusahkan diri sendiri.
Itulah pengorbanan.
InsyaAllah pengorbanan setiap doktor moga mendapat balasan jannahNya...





















Monday 11 June 2012

UniStudents...

Bismillahirrahmanirrahim!

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi kerana dgn izinNya masih lg sy berkesempatan utk menulis new entry ni. :)


 Suka tengok sahabat2 yg post gambar2 mereka & status mereka di FB...
Mereka semua dah jadi mahasiswa dan mahasiswi di IPT.
HUH!!!
Bangga rasanya jd sahabat mereka.
Semua nampak gembira dgn kehidupan baru masing2.
Kadang2 ada rasa cemburu pd mereka.
Aku masih lg di rumah.
Bosan sangat2.
Buka fb pun, x ada kwn2 nak chat.
Iyalah...
semua sibuk dgn kelas, tutoran and so on.
Tak apalah.
Aku gembira dgn kedewasaan mereka.
InsyaAllah, rezeki aku akan smbg belajar jgk bulan 9 ni.
Huhuhu...





Emhhh!
Bila dah masuk U ni...akan terjadilah pertemuan2 antara 2 jantina.
InsyaAllah, sahabat2ku mampu menjaga diri masing2.
Sahabat2ku telah ditarbiah di bumi barakah Maahad.
Batas2 syariat harus dijaga.
Anis, Izzah, Ana, Fatimah Naim, Faimah Rahim, Che Pah and so on lah.
Struggle for  your  success...
InsyaAllah..
Cita2 setiap dr kita akan tertunai.
Jgn terpedaya dgn kata2 manis seorang lelaki yg tdk dikenali hati budinya.
Ingat janji kita dengan ibu ayah kita...
Harapan mereka sangat tinggi terhadap kejayaan anak2 mereka.

Hah!
Rindu sangat kat sahabt2 semua...
Bilalah lg nak jumpa???
Lepas ni, semua sibuk smbg blaja...
Lpas blaja??? huhuhi
Jawablah sendiri.

Akurindusahabat2kusemua...
Missmetooyark!!!




















Saturday 9 June 2012

Bismillahirrahmanirrahim....
Mengingati mati memang menginsafkan diriku.
Terasa sangat2 kerdilnya diriku ini.
Apakah amalanku sudah cukup untuk menghadapi alam kubur???
Apakah akan bercahaya kuburku?
Atau gelap gelita dan sepi dipandang manusia?
Na'uzubillah...
Ya Allah, jauhkanlah daku drpd seksaan azab kubur.
Sesungguhnya aku tidak mampu menanggung azabnya seksaanMu.


Kepada yg membaca post ini, sudilah kiranya mengambil sedikit sebanyak iktibar buat koreksi diri 
agar menjadi lebih baik drpd sebelumnya.
Mati mesti diingati agar kita tidak tergelincir drpd landasan keimanan.
Doaku buat sahabat2 yg belum manjalankan kewajibannya sebagai muslim terutama bagi wanita, 
agar cepat2lah sedar drpd angan2 dunia...
Kecantikanmu tidak kekal sekalipun dikau bermegah dengannya...
Rambutmu...
kakimu...
tanganmu...
INGAT!!!!
Jangan terlalu rakus dengan keindahan dunia.
Kelak semua inilah yang akan menjadi saksi yg bakal mendakwamu.
Mendakwa kesombonganmu dengan Tuhanmu.
Yang telah menciptakan dirimu.
Bagi mengabdikan diri kepadaNya....
Tapi, engkau telah lupa...
Malah keangkuhanmu semakin di luar batasan.



Doaku agar terbuka pintu hatimu untuk berubah kearah yang lebih baik...
Semakin baik dan semakin baik...
Hingga menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik!!!
TAKBIR!!!
Allahuakbar!!!
Ameeen...