Sunday 5 May 2013

Officially 19teen!

Emh! Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, walaupun agak lewat sedikit menulis entri ini,
namun bukanlah bermakna sudah terlambat.

Actually, i'm officially 19teen! Dah semakin bertambah satu tahun lagi. Perubahan dalam hidup begitu drastik berlaku. Pejam celik, pejam celik, dah 19 belas tahun umur diri ini.
Sanah helwah to myself!
hihihi...

Thursday 2 May 2013

Hidup berkawan lumrahlah bertegang

Sebab nak hidup bersama selama 6 tahun setengah.

Ya!
masing-masing punyai watak masing-masing.
Bila dah duduk dalam satu rumah, tidak dapat tidak, mesti  tertonjol jugak perangai masing2 yg sebenarnya.
Iya,dulu waktu di alam persekolahan, mungkin hubungan tidak serumit sekarang.
Kenapa?
Kerana,pagi pergi sekolah,balik terus kat rumah.
Jumpa semula dgn kawan keesokan harinya pulak.
Tak sempat nk kenal perangai dia sebenarnya macam mana.
Sebenarnya, nak kenal perangai kawan kita yang tulen, mudah sangatlah!
Tidur bersama-sama dengan dia dNak hadapi dunia,
Hadapi diri sendiri dulu.


   Hidup jauh daripada keluarga, jauh ke benua Afrika, masing-masing punya kisah tersendiri.
Realitinya, nak mengenali hati budi masing-masing, perit...Macam-macam kisah yang timbul.
Kenapa nak kenal? 
alam masa 3 hari.
 Maksudnya, pergi ke rumah dia.
Dalam tempoh tu,memang dok melekat je dgn dia.
Tengok apa dia baut kat rumah,
Macam mana perwatakan dia,
Cara percakapannya dengan orang sekeliling,
Akan nampaklah siapa dirinya...

Ada yang lemah lembut bicaranya,
Ada yang sebaliknya,
Ada yang baik hatinya.
Ada yang sebaliknya,
Ada yang pemurah orangnya,
Ada yang sebaliknya.
Ada yang rajin orangnya,
Ada yang sebaliknya.

Andai kita baik, 
Jangan sedih ada yang berbuat jahat kepada kita.
Dan jangan rasa, diri kita baik sebab dia buat jahat kat kita.
Jangan nilai diri sendiri dari segi kebaikan,
kerana pasti diri sendiri akan memberi jawapan yang memuaskan hati.
Mungkin nampak kita lebih baik daripada dirinya dari segi zahir.
Namun dalamannya kita tidak nampak itu.

Di sini ingin disentuh tentang kehidupan bersama kawan2 apabila berada jauh di perantauan.
Kita jauh daripada insan-insan yang menyokong dan memahami kita selama ini.
Hanya sahabat disekeliling kita yang ada.
Hanya mereka tempat kita mengadu selain daripada Allah tuhan yang maha mendengar.
Jangan pernah meletakkan ego di hadapan dalam bersahabat.
Mungkin mereka orang baru dalam hidup kita.
Mereka tidak faham sebagaimana ibubapa dan sahabat2 sebelum ini faham diri kita.
Tapi, bagaimana mereka nak faham andai kita tidak cuba memahamkan mereka tentang situasi kita.
Kita asyik kata mereka tidak faham!
Pasti ada sesuatu dalam diri kita yang kita sendiri simpan atau kita sendiri tak faham dengan diri kita.

Mungkin ada ego....
Ego ini jangan main-main.
Ego ini ada pembawaan bisikan-bisikan syaitan.
Membisikkan nista 
Untuk memecah-belahkan hati-hati manusia.
Ini terbukti, bila dalam satu rumah, bila masa nak seronok gembira,boleh ketawa sama-sama, macam masa makan.
Bila dah masuk bab solat ke, ibadah ke masing-masing dalam bilik masing2.
Ada perasaan yang tidak beres.
Ada iri hati mungin,
Ada tidak puas hati mungkin,
Inilah masalah hati dalam satu rumah antara ahli bait.
Mesti ditangani dengan cermat dan cepat.

Dalam menangani masalah antara hati-hati, pasti akan ada jua hati-hati yan terluka,terhiris,tersiat.
Luka ini akan semakin dalam andai tidak diubati dengan salamatus sadri(berlapang dada)
Kita ada Allah...
Kekuatan yang hakiki datangnya daripada Allah.
Andai kita rasa dilukai, cepat2 mengadu kepada Sang Pencipta.
Hanya Dia selayak-layak tempat mengadu.
Hati yang terluka itu tidak akan sempat bernanah dan merebak ke seluruh tubuh.
Sabar dan berlapang dada.
Bagi diri, inilah yang menjadi penguat diri kala masalah ini melanda.
Mungkin! Ada yang mengatakan, payahlah....
Bercakap, memanglah senang, tapi nk tanggung, tidak semudah itu.
Iya...tidak mudah.
Tapi cuba dulu!
Cuba!
Kopi yang hitam itu jangan dikata pahit andai belum dicuba.
Mungkin manisnya membuat kita bertambah-tambah pula.
Diri ini pernah mengalami dan merasai.
Menaganinya dengan berlapang dada dan sabar.
Katakan pada diri di waktu sukar itu, "Sabar!Sabar! Allah nak uji ni. Engkau kuat, sebab tu Allah uji macam ni. Dia tahulah apa yang terbaik buat hambaNya."

~that's what i'm doing when this problem is on me...
  Mula-mula sedih sangat-sangat dan mula lah rindu kat mama.Tp,bila dah rindu kat mama, ingat lah pulak           kat pesanan mama. Salamatus sadri dan sabar ni sentiasa meniti di bibir mama bila nak nasihatkan tentang 
 masalah dalam persahabatan. Miss you mama.






Tuesday 12 February 2013

Mencari...

Sekian lama tidak disentuh laman ini....
Semangat menulis bukan tidak ada.
Namun, kerana diri ini bagaikan hilang seketika.
Diri yg suka menulis buat tatapan diri sendiri.
Ke mana hilangnya?
Mungkin mencari untuk mengenali lebih lagi diri ini.

Seketika menghilang...

Sekarang sudah di bumi asing
Bukan lagi bumi Malaysia tempat lahir diri ini
Di bumi kinainah yg mewarisi sejarah para nabi
Beradaku disini bukan fantasi
Tapi untuk berjihad demi ummah dicintai

Ilmu perubatan,bukan satu ilmu yang mudah

Tidak juga terlalu sukar...mungkin!
Tapi pengorbanan!
Kesungguhan,dan kekuatan melawan nafsu yg mengcengkam
Jauh daripada keluarga yang banyak menjadi tulanh belakang
Itulah yg mengajar diri mengenal kuat!

Banyak yang ku kenal 

Dan tahu mengenai dunia
Sungguh!
Pada zahirnya nampak indah...
Tapi, kebenarannya diri harus tabah

Sungguh!

Kadang-kadang rasa bagaikan nak terjatuh dan rebah tersungkur
Kalau tidak dikuatkan hubungan dengan Allah
Tidak aku berdiri lagi
Mungkin bangun...
Tapi waktu untuk membina kekuatan itu semula tidak dapat diulang semula

Maka,terasalah diri ini harus jauh mengembara

Mencari diri yg lebih baik
Yang lebih kuat untuk ummah!


~Rindu~