Tuesday 14 August 2012

Masihkah Ada Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.


Drama sempena Ramadan di Astro Prima baru sahaja berakhir.
Drama ini sungguh terkesan di hati.
Penceritaannya sungguh realistik. Tidak meleret-leret tanpa ada maksud seperti drama-drama melayu yang lain.
Kisah pengorbanan seorang anak bongsu yang tinggal bersama-sama kedua-dua orang tuanya, adik bongsu kepada abang-abang dan kakaknya.
 Zali, satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapanya kerana adik-beradik yang lain tinggal jauh di bandar kerana komitmen kerjaya masing-masing.
Ibunya sentiasa sedih apabila tibanya Ramadan dek mengenangkan anak-anak yang jauh di perantauan jarang-jarang pulang menjenguk.
Zali si bongsu tidak ditanya kemahuannya. Sekiranya abang-abang dan kakaknya pulang, si ibu pasti bertanyakan apa yang mahu mereka makan. Tapi, Zali yang sentiasa bersama-sama dengannya setiap hari tidak pernah ditawarkan untuk dimasakkan makanan kegemarannya.
Zali makan apa sahaja yang maknya masak dan tidak pernah komplen sedikit pun.
Rintihan hiba emaknya tentang abang-abang dan kakaknya yang jarang pulang menjenguk meruntun hati seorang anak.
Zali mengambil keputusan ke Kuala Lumpur menyusuli abang-abang dan kakanya.
Namun kehidupan abang sulungnya dan keluarga rupa-rupanya sudah jauh dari landasanNya yang sebenar.
Solat entah ke mana, puasa entah ke mana. 
Yang dikejar hanyalah kemewahan hidup yang fana'.
Zali berusaha menasihati dan meneladani anak-anak saudaranya.
Abang keduanya yang sentiasa mencemburuinya dek kerana berasakan emak mereka lebih menyayangi adik bongsunya itu daripada dirinya sendiri sejak dari kecil lagi.
Kakaknya yang mempunyai masalah rumahtangga yang semakin hari semakin retak.
Dalam usaha mengubati hati ibu tercinta, rupa-rupanya Zali dalam diam mempunyai kanser di tahap empat yang merupakan tahap terakhir.
Pemergiannya ternyata mempunyai hikmah yang cukup besar buat keluarganya.
Kedua ibu bapanya mungkin kehilangannya, namun mendapat kembali anak-anak yang dirindui selama ini.
Abangnya kembali ke jalan yang asal dan berusaha menjadi seorang suami, ayah dan anak yang lebih baik.
Abang keduanya ternyata berubah dan berusaha mencari nafkah untuk anak-anak dan isteri hasil daripada pemberian duit daripada arwah Zali supaya menguruskan sangkar ikan di kampung.
Kakaknya juga merujuk kembali dengan suaminya selepas jatuhnya talak pada hari kematiannya.
 Ternyata drama yang berlatar belakangkan kampung nelayan di Terengganu membawa penonton ke dunia yang sebenar dengan loghat Terengganu yang yang deka dihati penonton. Memang 'real'lah drama ni.
Pengajaran dan unsur-unsur nasihat banyak sangat diterapkan dalam ni.
Zali, pengorbanan sebagai anak,adik dan kekasih sememangnya sukar dicari zaman kini.
Memang terkesan sangat-sangat dengan pengorbanan Zali ni.














Monday 13 August 2012

Loo Joo Yee


Tahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan CIna yang kini sudah pun memeluk agama Islam. Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Melayukini.net – Renungan – Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah |  Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini. Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Melayukini.net - Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

Thursday 9 August 2012

Perjalanan jauh menuju lailatul qadar

Bismillahirrahmanirrahim...


Sekian lama hati tidak berbicara di laman ini.
Entry untuk Ramadan langsung tak buat.
Sekarang ni pun dah masuk fasa ke-3 atau fasa terakhir bulan Ramadan.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya:
 Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan." 

Saat yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam akhirnya kunjung tiba kembali.
Saat inilah perlumbaan ibadah dapat jelas dilihat jika diperhatikan.
Alangkah indahnya suasana ini.
Masjid-masjid, suasananya meriah dengan perlumbaan ibadah daripada hamba-hambaNya.
Alangkah indahnya....
jika suasana ini ada di Malaysia.
Bukan kata langsung tiada.
Tapi, langsung tidak mampu menandingi negara-negara arab.
Sambutan Ramadan lebih meriah dan tersangat-sangat meriah.
Syawal mereka biasa-biasa sahaja.
Namun sebaliknya kita.
Syawal yang dilebih-lebihkan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 

Betapa besarnya fadhilat Ramadan ni.
Tapi, jarang antara kita yang nampak dengan mata hati.




Mengapa diri ini menulis entry berkaitan dengan sepuluh malam terakhir mungkin 
sudah dapat diagak kerana kita berada di dalam zon itu sekarang.
Tapi, masih ada sebab yang lain.
Terkilan sedikit sebenarnya dengan pihak-pihak media dan stesen-stesen TV.
Bila dah sampai fasa-fasa terakhir bulan Ramadan inilah mereka mula buka mood raya.
Melebih-lebihkan raya padahal kita berada dalam fasa yang penting bulan Ramadan ni.
Apa kata kalau mereka buka mood lailatul qadar?
Lagi semangat umat Islam nak teruskan ibadah dalam bulan Ramadan ni.
Kalau buka mood raya, semangat Ramadan dah makin lama makin luntur.
Maka, jadilah saf-saf jemaah terawih di masjid-masjid atau suaru-surau semakin ke depan.
Imam pun jadi tak semangat bacaannya melihatkan makmumnya semakin surut.



JOM!
Sementara masih berada dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh barakan ini, 
sama-samalah kita mengejar ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.


Kerana, adakah kita masih mempunyai kesempatan ini pada tahun-tahun yang akan datang?
Pastikah kita bahawa kita masih boleh menarik nafas di muka bumi ini lagi?
TIDAK!!!
Kerana tiada siapa tahu bilakah ajalnya akan tiba.


"Sama-sama kita koreksi diri   
         selagi masih ada kesempatan waktu"