Saturday 3 November 2012

ergo ego...

بسم الله الرحمن الرحيم

Mungkin pernah kita berasa rendah diri dengan diri sendiri.
Melihat orang-orang di sekeliling mempunyai kelebihan melebihi kemampuan kita.
Contoh yang dekat dengan diri ini adalah dari segi pembelajaran.
Cemburu adalah perkataan yang sebati dengan diri melihatkan teman-teman.
Mereka dilihat sangat mudah menerima dan memahami apa yang diajar oleh doktor mahupun profesor dalam kelas.
Ya!
Dengan adanya sifat ini,langsung tidak membina diri.
Bahkan semakin menjatuhkan.
Diri akan terasa semakin lemah.
Tidak ada kegembiraan apabila bersama teman-teman ini.
Keinginan adalah lebih kepada mahu menyendiri.
Mula membina tembok ego yang semakin menjauhkan diri daripada cahaya yang memimpin.

Sebenarnya...buang semua ego yang tidak memberi apa-apa kelebihan itu.
Merendah diri perlu,tapi bukan merasa rendah diri.
Sentiasa bersedia untuk menerima kekurangan pada diri agar dapat dibantu kekurangan itu untuk menjadi satu kelebihan.
Kita mungkin nampak kelebihan itu satu kekurangan.
Tapi,pada orang yang memandang dan memerhati, mereka nampak kelebihan itu satu manfaat pada diri kita.

Mulakan langkah yang baru dengan niat dan azam yang baru.
Tinggalkan segala sifat-sifat dan pemikiraan-pemikiran negatif.
Demi kejayaan yang mana bukan sekadar untuk diri,keluarga,masyarakat dan negara,
Bahkan untuk dunia Islam.
Demi menaikkan semula Islam di mata dunia yang mana pada satu masa dahulu pernah memerintah 2/3 dunia.
Fikirkan hijrah ini adalah untuk Islam.
Bukankah mahu menjadi supersrikandi?

Mulakan langkah ringan yang senang.
Selangkah... maju ke depan.
Selangkah lagi, maju dan maju.
Yang silam dan lampau usah diingati.
Itu semua menjadi penghalang kemaraan ke depan.

Mulai detik itu,sekiranya kurang faham dengan apa yang dipelajari,teruskan dengan langkah bertanya.
Usah dipeduli kata orang kerna mereka mempunyai mulut yang tidak mampu untuk kita tutup.
Mereka ada hak untuk berkata-kata kerana mereka dikurniakan nikmat itu.

Cita-cita yang dikejar itu adalah untuk menggembirakan ibu ayah yang menggunung harapan terhadap kita.
Jangan lepaskan peluang itu.
Rebut dan kejarlah dengan bersungguh-sungguh.
Sekiranya rasa lemah bagaikan mahu tersungkur dalam perjalanan itu,kembalilah kepada Sang Pencipta.
Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita.

p/s:Go....bakal extraordinary doctor...doktor muslimah,mukminah,solehah,muttaqqinah.
       Keluarkan kelebihan luarbiasa engkau!
       Jangan biarkan mereka yang lain menonjolkannya dahulu kerana engkaulah yang paling terbaik antara                          
       yang terbaik!!!


                   

Monday 29 October 2012

Faham....

Semakin Menginjak kedewasaan,aku mengenali dunia.
Rupanya keindahannya jauh tersasar daripada bayanganku.
Tidak terasa jika kurang mengerti.
Alaminya dengan mata hati.

Ku kenali mana kawan,mana sahabat.
Dengan kawan aku banyak bersabar.
Terhadap sahabat aku banyak mengasihi.
Sahabat jua yang dirindui.

Mungkin aku punyai khilaf.
Mungkin aku tidak sedar.
Mungkin aku yang egoistik.
Mungkin sahabatku ini yang mengerti diri.





Tempat itu,telah aku tinggalkan buat sementara waktu.
Bagi mencari ilmuNya yang luas.
Di samping mengejar...cita-cita itu.

Malam ini, aku kerinduan.
Pada mereka yang bertakhta di hati.
Jauh dari perantauan,ku titipkan doa.
Moga dipanjangkan usia...

Ilahi...
Betapa diri ini hiba.
Terkenang mereka yg berjasa pada hidupku.
Mereka yg sama2 membesar denganku.
Mereka yang sama-sama berjuang denganku.

Jauh diri ini merantau hati tetap di situ.
Ku dengar takbir itu.
Namun kesyahduannya berbeza.
Nadanya tidak menghiba.

Lelah...
Nada nafasku kedengaran.
Kerana mutiara itu menemani.
Memahami gelodak dalam jiwa.

Merindui insan-insan tersayang di Malaysia...

Monday 17 September 2012

Drive jaaaaaaaaaaaaauuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Bismillahirrahmanirrahim!!!

Test JPJ!!!!
Semua yang dalam proses nak menghadapinya mesti ada yang tengah berdebar-debar.
Saya yang dalam proses nak mengulang pun berdebar-debar ni(tapi kurang sikit daripada kali pertama test).
Alhamdulillah,petang tadi,sangatlah jauh drive.
Sangat nervous bila teringatkan nak memandu tu kena kongsi jalanraya dengan kenderaan lain.
Dengan keretanya yang banyak atas jalanraya...



Drive daripada Kota Bharu, Kelantan hinggalah ke Jerteh,Terengganu.
Abah just duduk sebelah.
Jadi tukang ajar.
Hihihi.
Mula-mula abah beritahu suruh drive hantar adik ke asrama,dah menggelabah.
hahaha.....
Macam mana ni.
Kang jadi macam-macam atas jalan tu...
ish!!!!

Sebenarnya terfikir jugak pasal nanti kena marah dengan abah.
Abah memang garang kalau bab-bab mengajar ni.
Dulu... masa mama mula-mula drive, belajar dengan abahlah!
Dari cerita mama, dah tau dah macam mana nanti keadaannya abah ajar saya.

Start dari rumah lagi.
Reverse kereta, dan keluar pagar perlahan-lahan.
Keluar lorong rumah yang amat sibuk.
Yes! berjaya...
hihihi.

Tapi, lambat!
Saya tak berani nak bawak 60-70 km/jam.
Tak berapa mahir lagi.
Bawa laju-laju gayat!

Sampai Pasir Tumboh abah suruh tukar.
Dia nak drive.
Adik kena sampai asrama sebelum jam 6 petang.
Masa tu 5 minit lagi nak masuk pukul 5.
Dahlah kena ambil saudara dekat bachok.
Sekolah sekali dengan adik.

Hihihi! 
Sebenarnya kira bukan drive KB-Jerteh,
tapi,Jerteh-KB!
Perjalanan balik itulah full-drive.
Adalah kena marah sikit-sikit dengan abah.
Biasalah tak berapa mahir lagi drive.
 Separuh perjalanan balik tu, tiba-tiba hujan.
Masa tu dah pukul 6:45 petang.
Dengan hujan, gelap lagi.

Hujan pulak lebat sangat-sangat.
Berdebar juga hati ni.
Tapi, kuatkan juga semangat.
Abah tanya, boleh drive tak?
Boleh! Boleh, Bah!
Hihihi.
Padahal adalah juga nervous.
First time tu, drive time hujan lebat.

Sebelum sampai rumah, kena ambil nenek dekat pondok(Pusat pengajian.orang tua. Ramai tinggal di sittu untuk mendalami ilmu agama.Nama saja pondok.Tapi tidak daif pun.)
Masuk lorong pergi ke pondok nenek.
Masa tu van rusa yang ku bawa sangat perlahan.
Berhati-hati punya pasal.
Tiba-tiba muncul 3 orang kanak-kanak.
Berbogel semuanya(ingatkan toyol atas jalan)
Ada ke patut berlari-lari atas jalan nak main hujan punya pasal.
Mak!!!
Mujurlah masa tu saya bawa perlahan sangat-sangat.
Dalam hati ni,manalah mak bapak diorang.
Lepas aje anak-anak kecil macam tu main atas jalan dalam hujan lebat macam tu.
Yang lucunya sehelai sepinggang.
Tak pakai sehelai benang pun!!!

Berhentilah untuk kanak-kanak tu sekejap.
Sampailah dekat pondok nenek.
Bila dah ambil nenek dan nak pulang rumah,abah ambil alih drive.
Iyalah, kalau saya terus drive, alamatnya tak solat maghriblah kami.
Hihihi...

Pengalaman first time drive kereta jauh-jauh.
Bukan kereta biasa yang kecil-kecil tau.
Tapi,van!
Van rusa lagi.

Hihihi...
Sekadar perkongsian saat hai ini berbunga riang....


Sunday 16 September 2012

Bismillahirrahmanirrahim...



Saat diri berasa tidak terkiranya dosa-dosa yang telah dilakukan samada sedar atau tidak,
Kembalilah kepadaNya Yang Maha Pengampun!


Firman Allah Taala:


A053

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)



Ya!
Saat itu, jangan pernah berasa  bahawa diri yang berdosa itu tidak mungkin lagi diampunkan Tuhan.
Jangan! Jangan! Jangan!!!!
Kerana bukankah Allah itu Maha Pengampun?

Allah Ta'ala itu juga amat suka sekiranya umatNya sentiasa memohon taubat kepadaNya.
Taubat itu tidak susah...
Apabila kita bertaubat,
::: menyesal  bersungguh-sungguh atas dosa yang telah kita lakukan.(tidak kira seberat mana dosa kita itu)
::: berazam! tidak akan pernah sekali-kali mengulangi dosa itu.
::: meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa.
  
Angkatlah tangan dan pohonlah keampunanNya.
Tidak susah untuk melakukannya.
Tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Hanya hati yang penuh ikhlas dan insaf.



Saat berduka jangan terlalu mengikut perasaan.
Waktu itu, jangan kita bersendirian.
Kerana saat itulah syaitan mudah memasukkan jarum hasutannya ke dalam diri manusia.
Masa itulah juga mungkin perkara di luar kawalan akan kita lakukan.

Carilah seorang teman untuk meluahkan kesedihan kita itu.
Kita mungkin tidak menemui jalannya kerana saat itu fikiran sudah buntu.
Mungkin dia ada penyelesaian untuk kita.

So,masalah jangan dipendam seorang diri. Kelak membawa keburukan kepada diri sendiri... 











Monday 10 September 2012

Penerbangan menuju impian

Bismillahirrahmanirrahim...

Lafaz agung ini menjadi muqaddimah setiap kali memulakan entri baru.

Mood menulis sambil mendengar muzik 'A Time For Us'.
Terkenang dan mengenang kembali memori bersama sahabat-sahabat.
Mungkin sebelum-sebelum ini pun saya banyak menulis tentang sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui.
Kali ini pun mungkin sama.




Mood sekarang adalah fly....
Sekarang ni musim pelajar-pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke luar negara terbang di awan biru menuju ke destinasi masing-masing.
Mabruk!!!Mabruk!!!Mabruk!!!
Tengok dekat facebook, sahabat-sahabat yang bakal berlepas ke destinasi masing-masing dihantar oleh kawan-kawan dan teman-teman rapat mereka.
Bergambar bersama...berpelukan beramai-ramai dan menitiskan air mata bersama-sama.
Tidak merelakan perpisahan itu.
Mungkin mereka mempunyai komitmen masing-masing yang membuatkan mereka sibuk.
Tapi,demi teman baik,sanggup mereka mencuri sedikit masa buat menghantar sahabat mereka di airport.


Mungkin...gembira,sedih,pilu,hiba,seronok mengiringi perpisahan itu.
Perpisahan yang bakal saya hadapi.
Demi mengejar cita-cita keramat ini.


Relakan saja perpisahan itu.
Kerana akhirnya akan mengundang bahagia bersama.

Semua dalam usaha menggapai bintang.
Yang bakal menyinari hidup masing-masing.
Tabah!
Perkataan yang mudah.
Namun, semua orang tahu perasaan menghadapinya.

Tabahlah!
Wahai bakal-bakal mujahid dan mujahidah.
Jauhnya di sana tidak semudah hidupnya di sini.
Di sana tiada ibu dan ayah di sisi.
Hanya teman-teman baru dan senior-senior yang bakal memberi tunjuk ajar.
Segalanya bergantung pada kita.
Di sana jalan dan lorongnya banyak.
 Kita yang harus pandai memilih.
Memilih jalan yang terbaik!!!
Jangan pernah tersilap langkah.
Kerna langkah yang silap itu sukar untuk di ubah langkahnya.
Di situ perlukan lebih banyak pengorbanan.


Kepada diri sendiri,nasihat ini buat ingatan dirimu selalu.
Ingat!
Saat senangnya engkau di perantauan adalah saat sukarnya ibu dan ayahmu disini.
Betapa keringat yang mengalir itu.
Kenangilah itu!
Agar dirimu tidak pernah walau sesaat terleka!
Harapan mereka,jangan pernah engkau nodai.
Pengorbanan mereka!
Usah dikata...
Tidak terkira meskipun sepandai mana engkau mengira.


Ya!!!
Kejar cita-citamu sehabis daya...
Selagi boleh,selagi itu engkau harus bertahan.
Meskipun sukar,hadapinya jua....
Disana engkau bukan berseorangan.
Ada teman-teman disisi yang sama-sama berjuang!
Mereka mungkin tempat engkau berkongsi rasa.
Sama-sama membina kekuatan.
Daripada duduk berseorangan,kemudian bangkit berdiri bersama-sama.

Yang ini,jangan pernah walau sekalipun engkau lupa!
Mengadu kepadaNya yang Maha Esa...
Saat berduka, saat tertawa...
Sentiasalah mengingati Allah!
Kerana segala-galanya kembali semula kepadaNya.
Menangislah....
Menangislah....
Menangislah.....
Mengadulah......
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala apa yang ada dalam hati kita.

Relakan perpisahan itu...
Doa daripada ayah bonda sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita.

Buat sahabat-sahabat yang ku tinggalkan di bumi cintaku ini,
tiada kata-kata yang mampu ku zahirkan bagi mengenang kerinduanku kepada kamu semua.
Ku pohon doa tulus dari semua,buat mengiringi perjalanan daku disana.
Agar dipermudahkan segala-galanya...
Biar kembali dengan genggaman segulung kertas bernama ijazah!


Nukilan saya ini bukan untuk membuatkan sahabat-sahabat yang membacanya berasa iri hati atau apa sahaja perasaan negatif yang mungkin timbul dalam diri terhadap saya.
Rezeki kita masing-masing dah tertulis sejak azali.
Mungkin saya di bumi kinainah....
Kalian di bumi cintaku ini.
Tapi ketahuilah!
Ini hanyalah permulaan pengembaraan hidup kita.
Masih panjang liku-liku hidup andainya umur masih jauh....

Mungkin permulaan kita berbeza.
Tapi, pengakhirannya mungkin berbeza.
Bahkan pengakhiran kalian mungkin lebih baik daripada saya...
Sama-sama kita doakan agar pengakhiran kita semua adalah yang terbaik buat diri kita semua.....


Sampai ketemu di syurga nan abadi....





















Tuesday 14 August 2012

Masihkah Ada Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.


Drama sempena Ramadan di Astro Prima baru sahaja berakhir.
Drama ini sungguh terkesan di hati.
Penceritaannya sungguh realistik. Tidak meleret-leret tanpa ada maksud seperti drama-drama melayu yang lain.
Kisah pengorbanan seorang anak bongsu yang tinggal bersama-sama kedua-dua orang tuanya, adik bongsu kepada abang-abang dan kakaknya.
 Zali, satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapanya kerana adik-beradik yang lain tinggal jauh di bandar kerana komitmen kerjaya masing-masing.
Ibunya sentiasa sedih apabila tibanya Ramadan dek mengenangkan anak-anak yang jauh di perantauan jarang-jarang pulang menjenguk.
Zali si bongsu tidak ditanya kemahuannya. Sekiranya abang-abang dan kakaknya pulang, si ibu pasti bertanyakan apa yang mahu mereka makan. Tapi, Zali yang sentiasa bersama-sama dengannya setiap hari tidak pernah ditawarkan untuk dimasakkan makanan kegemarannya.
Zali makan apa sahaja yang maknya masak dan tidak pernah komplen sedikit pun.
Rintihan hiba emaknya tentang abang-abang dan kakaknya yang jarang pulang menjenguk meruntun hati seorang anak.
Zali mengambil keputusan ke Kuala Lumpur menyusuli abang-abang dan kakanya.
Namun kehidupan abang sulungnya dan keluarga rupa-rupanya sudah jauh dari landasanNya yang sebenar.
Solat entah ke mana, puasa entah ke mana. 
Yang dikejar hanyalah kemewahan hidup yang fana'.
Zali berusaha menasihati dan meneladani anak-anak saudaranya.
Abang keduanya yang sentiasa mencemburuinya dek kerana berasakan emak mereka lebih menyayangi adik bongsunya itu daripada dirinya sendiri sejak dari kecil lagi.
Kakaknya yang mempunyai masalah rumahtangga yang semakin hari semakin retak.
Dalam usaha mengubati hati ibu tercinta, rupa-rupanya Zali dalam diam mempunyai kanser di tahap empat yang merupakan tahap terakhir.
Pemergiannya ternyata mempunyai hikmah yang cukup besar buat keluarganya.
Kedua ibu bapanya mungkin kehilangannya, namun mendapat kembali anak-anak yang dirindui selama ini.
Abangnya kembali ke jalan yang asal dan berusaha menjadi seorang suami, ayah dan anak yang lebih baik.
Abang keduanya ternyata berubah dan berusaha mencari nafkah untuk anak-anak dan isteri hasil daripada pemberian duit daripada arwah Zali supaya menguruskan sangkar ikan di kampung.
Kakaknya juga merujuk kembali dengan suaminya selepas jatuhnya talak pada hari kematiannya.
 Ternyata drama yang berlatar belakangkan kampung nelayan di Terengganu membawa penonton ke dunia yang sebenar dengan loghat Terengganu yang yang deka dihati penonton. Memang 'real'lah drama ni.
Pengajaran dan unsur-unsur nasihat banyak sangat diterapkan dalam ni.
Zali, pengorbanan sebagai anak,adik dan kekasih sememangnya sukar dicari zaman kini.
Memang terkesan sangat-sangat dengan pengorbanan Zali ni.














Monday 13 August 2012

Loo Joo Yee


Tahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan CIna yang kini sudah pun memeluk agama Islam. Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Melayukini.net – Renungan – Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah |  Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini. Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
Melayukini.net - Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

Thursday 9 August 2012

Perjalanan jauh menuju lailatul qadar

Bismillahirrahmanirrahim...


Sekian lama hati tidak berbicara di laman ini.
Entry untuk Ramadan langsung tak buat.
Sekarang ni pun dah masuk fasa ke-3 atau fasa terakhir bulan Ramadan.

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA katanya:
 Rasulullah SAW bersabda: "Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan." 

Saat yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam akhirnya kunjung tiba kembali.
Saat inilah perlumbaan ibadah dapat jelas dilihat jika diperhatikan.
Alangkah indahnya suasana ini.
Masjid-masjid, suasananya meriah dengan perlumbaan ibadah daripada hamba-hambaNya.
Alangkah indahnya....
jika suasana ini ada di Malaysia.
Bukan kata langsung tiada.
Tapi, langsung tidak mampu menandingi negara-negara arab.
Sambutan Ramadan lebih meriah dan tersangat-sangat meriah.
Syawal mereka biasa-biasa sahaja.
Namun sebaliknya kita.
Syawal yang dilebih-lebihkan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu." 

Betapa besarnya fadhilat Ramadan ni.
Tapi, jarang antara kita yang nampak dengan mata hati.




Mengapa diri ini menulis entry berkaitan dengan sepuluh malam terakhir mungkin 
sudah dapat diagak kerana kita berada di dalam zon itu sekarang.
Tapi, masih ada sebab yang lain.
Terkilan sedikit sebenarnya dengan pihak-pihak media dan stesen-stesen TV.
Bila dah sampai fasa-fasa terakhir bulan Ramadan inilah mereka mula buka mood raya.
Melebih-lebihkan raya padahal kita berada dalam fasa yang penting bulan Ramadan ni.
Apa kata kalau mereka buka mood lailatul qadar?
Lagi semangat umat Islam nak teruskan ibadah dalam bulan Ramadan ni.
Kalau buka mood raya, semangat Ramadan dah makin lama makin luntur.
Maka, jadilah saf-saf jemaah terawih di masjid-masjid atau suaru-surau semakin ke depan.
Imam pun jadi tak semangat bacaannya melihatkan makmumnya semakin surut.



JOM!
Sementara masih berada dalam bulan Ramadan, bulan yang penuh barakan ini, 
sama-samalah kita mengejar ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.


Kerana, adakah kita masih mempunyai kesempatan ini pada tahun-tahun yang akan datang?
Pastikah kita bahawa kita masih boleh menarik nafas di muka bumi ini lagi?
TIDAK!!!
Kerana tiada siapa tahu bilakah ajalnya akan tiba.


"Sama-sama kita koreksi diri   
         selagi masih ada kesempatan waktu"









Tuesday 10 July 2012

Rezeki masing2 lah!!!



Kenapa pic atas ni cite sal strawberilah,pisang buruklah and lastly sal rezeki plak???
Sebenarnya,sy teringat akan kata2 sorang abang tu petang tadi.
Sy skang dok amek lesen kereta.
So, dah pakej dia ada driver yg anta and amek kita...
Bukan driver pun.
Just hantar ke litar dan hantar balik rumah aje.
Abang Madi, x sangka betul.
Tiba2 buka kelas motivasi dalam van tadi.

Katanya, rezeki kita masing2 Allah Taala dah tetapkan.
Yup!
Saya akui itu.
Dia cerita zaman dia belajar sekolah menengah dulu.
Dia sekolah hebatlah jugak.
Aliran sains lagi.
Tak sangkalah jugak.
Itulah!
Jgn mudah nak judge orang tengok luaran aje.
Ceritanya, dia dulu kuat sangat main.
Orang belajar...dia main aje memanjang!!!
Itulah pasal skrng kerja drebar ni.
Tapi katanya, dia tak kisah kalau lihat kawan2 satu sekolah dengannya kerja yg lebih best drpd dia.
Sebab dia seronok dgn kerja dia sekarang.
Kalau kerja best, gaji mahal, tapi ada yg belum kahwin, x bahagia jugak...
Ada pulak kerja hebat,gaji besar, isteri cantik tapi sayang sangat2 anak x ada....
Abg Madi ckap mungkin dia kerja biasa dan x kaya.
Tapi, mungkin suatu hari nanti anak2 dia yg kaya...
Boleh tanggung dia pulak.
Dia pulak boleh relaks and goyang kaki.
Hihihi...
Betul jgk ckap Abg Madi ni.


Sy dapat something daripada cerita dia ni.
Bersyukur dengan apa yg kita ada.
Kadang2 rasa diri ini akan iri hati atau rasa cemburu bila tengok kawan2 yg mungkin lebih drpd diri ini.
Lebih2 lagi dalam situasi diriku skrng yg belum lg ke mana2 utk smbng study.
Selalu cemburu tengok kawan2 post pic2 mereka dok kat uni.
Huhuhu...
Tahniahlah Abg Madi coz jd penceramah motivasi x bertauliah buat diriku.
Abg Madi memang bestlah.
^_^











Saturday 23 June 2012

Dokor Muslimah Solehah

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap kali nak mula tulis entry baru mesti keluar keluhan berat dari mulutku.
Mengapa?
Entahlah!!! Tak taulah nape.
Mungkin x ada idea...
^_^
huhuhu..
Tp, bila dah start tulis, bnyklah plak idea yg beratur-atur nk keluar.

Camne ye kehidupan sbg seorng mahasiswa?
Cabarannya camne yek?
Dah terbyang kesibukannya tp, btol ke mcam yg aku byangkan?
Bila fikir tntng kehidupan baru yg bkal aku tempuhi, mcm2 perasaan hdir.
Gembira, takut, sedih, suka???




Takut?
takut dr segenap segi sebenar-benarnya lbih2 lg yg mencabar iman.
Ya Allah kuatkan dan teguhkanlah imanku!
Gembira?
iyalah nak hdapi dunia baru. dunia lain.
Sedih?
nak berpisah dgn mama, abah, adik beradik, nenek, aunty, uncle, cousin, friends and so on lah.


Cita2ku dah lama sangat terpendam dlm hati ni.
Nak sangat99.
Nak jd seorng doktor muslimah solehah.
Ameen...
Alhamdulillah, rezeki nak smbng medik ada.
Semoga Allah permudahkan jalanku menuju cita2ku ini.
(Doakan kejayaanku ya, sahabat yg ku kasihi kerana Allah semua)


 Dr Muslimah Solehah?
Agar setiap detik nafasku berhembus, asma Allah sentiasa meniti di bibir.
Mencari keberkatannya dlm setiap pekerjaanku.
Nanti nak rawat patient, di akhir sesi rawatan bg nasihat kpd mengingati Allah yg Maha Menyembuhkan.
Semuanya bergantung pada Dia.
Jika Dia kata sembuh,maka sembuhlah.
Jika x?
Terimalah.
Kerana segalanya dtng drNya.
Semua yg Dia kehendaki adalah yg terbaik buat hambanya.
Doktor adalah manusia biasa.
Yang mana kudratnya jua drpd Allah.
Ilmunya drpd Allah.
Fikirannya drpd Allah jua.
Kerana dia yg mengilhamkan kpd doktor itu.


Emh!!!
Medik familiar sangat dgn perkataan susah, payah, sukar.
X boleh dipisahkan.
Tp, semua bidang susah.
Cuba ckp apa yg senang dan mudah?
Teringat kata2 seorng kakak yg merupakan pljr tahun lima dlm bidang perubatan yg mana aku temui dia ketika menghadiri satu program di KUIS,
"Akak akui medik ni payah. Bukan setakat payah tapi, sangat payah!
Tp, akak minat sangat2.minat jiddan2! So, minat ni lah yg buatkan akak rasa pelajaran yg akak hdapi tu senang.".
Alhamdulillah.
Rasa termotivasi dngr kata2 kakak tu.
Bersemangat rasanya bila teringat kat akak tu.
Moga2 akak tu dpt selesaikan pengajiaanya dgn berjaya.


Disebalik impianku untuk bergelar Doktor muslimah solehah...
Terselit cerita2 dan kisah2 yg menjadi pendorong kuat kpd diriku.
Doktor sinonim dgm membantu dan menolong.
Iya, aku akui aku suka membantu dan menolong walaupun kadang2 terpaksa menyusahkan diri sendiri.
Itulah pengorbanan.
InsyaAllah pengorbanan setiap doktor moga mendapat balasan jannahNya...