Thursday 24 May 2012

Dakwah...
Bismillahirrahmanirrahim
This entry is just about dakwah.
Simple.
It is a common word.
Biasanya bila perkataan 'dakwah', orang mesti kaitkan dengan ustaz, ustazah.
Perwatakan alim, wara'.
Namun, tidak semestinya begitu.
Setiap orang yang beragama Islam wajib berdakwah tau.
Dakwah x semestinya kena pegang Al-Quran,
Baca matan2 hadis and so all yang berkaitan.
Kalau suruh adik baca doa sebelum makan pun dah dakwah.
SIMPLE!
right???
Jangan kata kita x pakai tudung atau jenis y cakap sy belum bersedia utk menutup aurat ni, x layak nak dakwah orang lain.
Kita menyuruh seseorang melakukan sebarang kebaikan adalah dakwah.
Tapi, janganlah ajak orang lain yg lebih kurang sama dengan kita x tutup aurat, beri alasan yg sama dengan kita.
'Saya x bersedia lagilah nak tutup aurat ni','belum sampai serulah'.
Kita x nak ikut syariat, biar diri kita sorang jer lah.
Jangan ajar & ajak orang lain utk beri alasan yg sama dengan kita.
Pengalaman saya semasa di kem PLKN.
Teman satu dorm dengan sy ni, free hair kat luar.
Tp, arahan kem semua y beragama Islam wajib pakai tudung.
Macam kat sekolah aje kan???
Yang bagusnya dia ni, x ada pun dia ajak orang utk sama jadi macam dia.
Malah, kadang2 dia lebih lagi baiknya berbanding yang bertudung.
Bangun pagi2, dialah yang kejutkan semua orang.
Siap mandi lagi...
Lepas tu, dah tak tidur dah.
Ha!!!
itulah bagusnya dia.
Dia jugak berdakwah.
Iyalah, bangunkan rakan2 utk solat subuh!
Dia yang free hair u pun tau berdakwah...
KITA???
BILA LAGI???


Tepuk dada, tanya iman...


 
 

Friday 18 May 2012

smilefromyourheart: Sungguh! Daku merinduimu jiddan-jiddan...

smilefromyourheart: Sungguh! Daku merinduimu jiddan-jiddan...: Alhamdulillah... Sekali lagi saya berkesempatan untuk post entry baru dalam smilefromyourheart..  Semua ini adalah nikmat dariNya yang ...

Sungguh! Daku merinduimu jiddan-jiddan...

Alhamdulillah...
Sekali lagi saya berkesempatan untuk post entry baru dalam smilefromyourheart.. 
Semua ini adalah nikmat dariNya yang masih lagi sudi memberikan saya peluang untuk bernafas di bumiNya yang sungguh indah ini!
Lumrahlah hidup ini apabila adanya perpisahan...
Sebelum berlakunya perpisahan, maka akan wujudnya dahulu pertemuan...
Mengapa saya menulis entry berkaitan perpisahan ni???
Macam sedih aje kan?
Ini kerana saya akan berpisah dengan sahabat-sahabat seperjuangan saya sepanjang berjihad menuntut ilmuNya di bumi berkat MMP(Maahad Muhammadi Perempuan)
Lima tahun lamanya saya dan sahabat-sahabat bersama.
Setiap hari menatap wajah masing-masing.
Bagaikan tiada rindu yang akan dibawa pulang ke rumah.
Hahaha!!!(mengeluh berat)
Sebenarnya saya sangat merindui sahabat-sahabat ini.
Sungguh!
 Saya sangat menyayangi mereka...
Tulus saya katakan...
Sebenarnya dalam hidup ini, perpisahanlah yang paling saya tidak suka...
Tapi, fitrahlah perpisahan kan?
Walau macam mana kita tidak suka pun...
Kita pasti akan mengalaminya juga.

Dulu semasa kecil(usia saya dalam darjah 3),
itulah mungkin perpisahan yang paling berat yang saya pernah alami...
Dek kerana berpindah rumah baru,
Saya terpaksa berpisah dengan rakan-rakan di sekolah...
Terpaksa jua berpindah sekolah!
:(
Dalam bilik tiap-tiap hari menangis berseorangan kerana teringat rakan-rakan di sekolah lama...
Hahaha...
Lamalah jugak perasaan sedih ni nak hilang kan?
Sejak daripada perisiwa inilah saya akan mudah untuk nak menangis dan sebak apabila mengenali seseorang dan terpaksa berpisah dengannya
Dan kini, perpisahan yang besar juga dalam hidup saya akan berlaku...
Bila dewasa macam ni,
Barulah saya pandai mengawal perasaan sendiri.
Meluahkan kesedihan dan kerinduan melalui tulisan...

Kepuasan saya dapat apabila menulis...
Bagaikan terluah semua beban di hati ini!
Tidak lagi menangis hiba keseorangan...
Rindu juga akan teman-teman PLKN di kem Etnobotani, Gua Musang, Kumpulan 1 Siri 9/2012.
Emhhh!
sahabat-sahabat yang kurindui dan sayangi kerana Allah...
Moga hidup kamu semua sentiasa dilimpahi barakah rahmah daripadaNya.
Perpisahan yang kita lalui ini tidak semestinya untuk selama-lamanya.
Sekiranya jodoh kita masih ada di dunia ini,
insyaAllah akan diketemukan kita olehNya Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati dan fikiran hambaNya...
Cuma satu yang ku pinta darimu sahabat-sahabat,
Jangan pernah melupakan ukhuwwah persahabatan yang pernah kita sama-sama bina ini.
Jangan pernah!
Jangan pernah lupa ya, sahabat!





~moga kutemui kebahagiaan dalam pertemuan. 
~kerinduan dalam perpisahan. 
~kenangan dalam perkenalan.




Thursday 17 May 2012

Kau tercipta untukku



Pilihlah seseorang wanita itu untuk dijadikan isteri  kerana agamanya...
Emhhh!!!
Semakin biasa terdengar di cuping telinga saya!
Terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh pasangan Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi dalam forum kau tercipta untukku...
"Yang istimewa cik abang sayang di sebelah, pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul" 
Itulah antara mukaddimah ustazah dalam forum tu.
MasyaAllah...sangat terkesan setiap kata-kata yang keluar daripada mulut ustazah!
Tutur bicaranya sungguh lemah-lembut...
Menarik minat saya untuk terus mendengar forum itu.
Tidak hairanlah Dr.Farhan boleh kata selama 3 tahun lebih mereka menjadi pasangan suami isteri, mereka tidak pernah bergaduh...
Subhanallah!!!
Alangkah bahagianya alam rumahtangga mereka dek kerana dibayangi berkat dan rahmat dari Ilahi...
Dek kerana adanya agama dalam pembinaan Baitul Muslim!!!
Duhai sahabat...
Di sini daku ingin berpesan kepada semua termasuk diriku sendiri...
Persiapkanlah diri dengan ilmu agama yang secukupnya
Sebelum adanya hasrat hati untuk menyertai pasangan yang bahagia ini!
Terutamanya bagi bakal-bakal suami kerana anda  bakal menjadi seoramg ketua kepada isteri  
dan anak-anak.
Tanggungjawab anda adalah tersangat besar.

Tidak salah mempersiapkan diri lebih awal dengan ilmu rumahtangga meskipun perjalanan ke arah itu masih jauh...:)







Puisi: Lelaki yang Dirindui | iluvislam.com discover the beauty of islam

Puisi: Lelaki yang Dirindui | iluvislam.com discover the beauty of islam

Seni Dalam Berdakwah
SEL, 15 MEI 2012 12:20 | MEGAT AL-IMRAN | KHAIRUNNISA ASSILA



Beliau melihat seorang remaja keluar daripada masjid sambil menangis.

Beliau terkejut.Disusulinya, lalu disapanya dengan lembut.

"Kenapa menangis ini?" Tanya beliau.

Remaja itu memberikan jawapan.

Dia dimarahi. Dimarahi oleh seorang 'pakcik' di dalam masjid.

Dia dimarahi kerana memakai baju yang bertulis 'punk is not dead'.

Demikian kisah yang diceritakan oleh Dr. Danial Zainal Abidin kepada saya. Cerita yang hampir sama juga mungkin dilalui oleh kebanyakan remaja.

Saya tidak hairan mendengar kisah tersebut. Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa budak itu memang bersalah, bagi saya bukan begitu. Tapi kerana, kisah seumpama ini telah banyak kita dengar.

•       Dimarahi kerana memakai baju bercorak banyak ke masjid.
•       Dimarahi kerana bersembang di dalam masjid.
•       Dimarahi kerana tidur di dalam masjid untuk qiamulail.
•       Dimarahi kerana tidak memakai kopiah atau songkok ke masjid.
•       Dimarahi kerana menukar siaran radio daripada yang 'islamik' kepada siaran radio biasa.
•       Dimarahi kerana membawa al-quran terjemahan bersama ke mana-mana. Alasannya, berakhlaq dengan al-quran lah, wudhu' lah, macam-macam lagi alasan tak munasabah.

Serta banyak lagi 'kisah-kisah menyakitkan telinga' yang lain. Terlalu banyak sehingga tak dapat hendak disenaraikan semuanya.

Memang tak dapat dinafikan lagi, pada hari ini sudah banyak gerakan-gerakan pemulihan islam cuba dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. Masyarakan sudah mula sedar tentang kepentingan islam dalam kehidupan sebagai seorang hamba dan khalifah.

Namun, adakah betul caranya? Bukankah kita selalu mendengar perkataan 'niat tidak menghalalkan cara'? maka dalam dakwah juga sama. Caranya juga perlu betul.

Dakwah perlukan seni, sebagaimana lukisan.

Analoginya mudah.
Pernahkah kita cuba mengambil sekeping kertas, lalu mencontengnya dengan teruk? Apakah hasilnya?

Berbeza dengan kertas yang dilakar dengan teliti, diperhatikan dan diperhalusi hasilnya. Bagaimana pula kali ini?

Seperti juga lukisan, dakwah perlukan seni. Kerana bagi kita yang mengaku sebagai da'ie, kita sedang menyeru manusia. Manusia yang fitrahnya menyukai nilai-nilai kesenian.

Dan perlu diingatkan, kita sedang 'menyeru'. Bukan 'menyuruh'.

Maka perlu dibezakan antara keduanya.

Majlis yang bosan!

Cuba bayangkan, jika kita dipanggil untuk menyertai satu majlis, yang tiada makan-makan di dalamnya, yang bosan, dengan mudah boleh membuatkan kita mengantuk, apakah kita bersemangat untuk menyertainya?

Jawapan yang paling jujur ialah, tidak.

Hakikat yang perlu kita fahami sebagai da'i, kita adalah penyeru. Kitalah yang perlu mengajak orang memasuki dewan itu, ke majlis yang bosan itu. Kita umpama 'penyambut tetamu di dewan itu.


Maka, sebagai penyambut tetamu, tidak dapat dielakkan bahawa kita akan menjadi salah satu di antara dua:

•       Penyambut
•       Penghalau

Kita ibarat orang yang berada di pintu depan, di mana tetamu masuk ke majlis itu. Dan kitalah yang akan menjadi penentu, adakah mereka bakal memasuki majlis itu ataupun tidak. Sikap kita, layanan kita, perhatian yang kita berikan. Semuanya diambil kira.

Jika semuanya baik, bagus, menjadi satu kebaikan buat kita. Namun bagaimana sekiranya kerana kita, mereka terhalang daripada memasukinya?

Tiada penghargaan langsung diberikan. Malah langsung dimarahi, itu tidak kena, ini tidak kena.

Dalam melakukan sesuatu yang bosan, menyusahkan, perkara yang paling sering diperlukan manusia hanya satu. Penghargaan. Tidak kurang, tidak lebih. Sekadar itu. Penghargaan.

Seperti pelajaran.
Majoriti kanak-kanak menganggap pembelajaran sebagai sesuatu yang membosankan.
Maka apa yang mampu memotivasikan mereka untuk terus belajar?
Hanya satu. Penghargaan.

"Hasil kajian jelas menunjukkan tiada apa yang dapat memotivasikan seorang kanak-kanak lebih daripada mengetahui pembelajarannya dihargai oleh sekolah dan komunitinya. Hal ini tidak mungkin berlaku dengan sendirinya. Hal ini memerlukan campur tangan semua yang terlibat."
[ Michael Fullan, Broadening the Concept of Teacher Leadership]

Sekiranya kita menelusuri kisah sirah, pasti dapat dilihat bagaimana Rasulullah S.A.W sangat menghargai para sahabat.

Kisah Rasulullah mengatakan pintu syurga terbuka luas buat Abu Bakar As-Siddiq.

kisah Rasulullah menggelarkan sebahagian sahabat dengan gelaran ahli syurga.

Bahkan kisah Rasulullah tidak memarahi orang arab badwi yang membuang air di dalam masjid.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suriteladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
[Qs Ahzab, 33:21]

Hanya tahu mengeji, tidak mahu menghargai.

Namun inilah masalah terbesar masyarakat kita hari  ini. Bahkan para da'i juga tidak terkecuali.

Mengukir, namun tidak mewarna.

Saya tidak bermaksud kita tidak perlu memarahinya kerana membuat kesilapan, namun inilah yang dimaksudkan dengan kesenian.

Bukan hanya mewarna sahaja atau mengukir sahaja semata-mata.
Tetapi kedua-duanya sekali.

Ada kalanya, kita juga perlukan sedikit kekerasan. Kekerasan yang berbentuk dorongan. Dorongan untuk terus maju dan berubah. Itulah hikmah. Sinergi antara kelembutan dan kekerasan.

"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk."
[Qs. An-Nahl, 16:125]

Namun bukan semua perkara perlukan kekerasan.

Masalah kita ialah, kesalahan dimarahi.
Namun kebaikan tidak dihargai.

Tidak hairanlah wujud pepatah inggeris,

"banyak kali aku melakukan kebaikan, aku langsung tidak  mendengarnya. Namun sekali aku melakukan kesilapan, aku mendengarnya selama-lamanya."

Sepatutnya, kebaikan dihargai.
Kesalahan memang perlu dimarahi, namun dengan cara yang betul.

Kerana kita adalah penyambut tetamu di sebuah majlis yang bosan. Maka perkara yang sangat diperlukan oleh peserta-peserta majlis itu ialah penghargaan. Bukan hanya kejian yang tidak munasabah.

Jika tersilap langkah, (naudzubillah) kita bakal menjadi penghalau. Dan inilah yang sangat berbahaya. Tatkala kita menjadi antara orang-orang yang 'menghalangi manusia dari jalan Allah'.

"Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia)dari jalan Allah, Kami tambahkan kepada mereka siksaan di atas siksaan disebabkan mereka selalu berbuat kerusakan."
[Qs An-Nahl, 16:88]

Tiada sambutan?

Seringkali kita bertanya, mengapa program-program islam, masjid, ceramah, kuliah agama, dan sebagainya sepertinya kelihatan hampir langsung tidak mendapat sambutan?

Ya, mungkin orang ramai boleh merungut, "generasi sekarang dah tak suka program agama,", "Remaja sekarang tak boleh diharap", "anak muda sekarang tak takutkan Allah," dan macam-macam lagi alasan kerana terlalu tinggi ego untuk mengakui satu hakikat.

Hakikat bahawa kita, penyeru, inilah penyebabnya.

Sikap kita, akhlaq kita, penghargaan yang kita berikan, layanan kita, inilah faktornya.


Sudahlah majlis itu bosan, ditambah lagi dengan sikap penyambut tetamunya yang menyakitkan hati, siapa yang mahu menyertai program tersebut? Saya pun tidak mahu!

Kesimpulannya,

Wahai da'ie, siapakah anda?

Adakah anda seorang penyambut tetamu, yang mana kerana andalah majlis itu mendapat sambutan penuh?

Atau adakah  anda 'penghalau tetamu', yang mana kerana andalah majlis itu sunyi daripada sambutan?

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."
[Qs Al-Imran, 3:159]

"Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keridaan-Nya. Kamu tidak memikul tanggung jawab sedikit pun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggung jawab sedikit pun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim."
[Qs. Al-An'am, 6:52]

"Apa guna artikel panjang-panjang, kalau tak ada impak."

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis
Megat Shahrul Imran Bin Ismail

Tuesday 15 May 2012

Aurat....:)




Emh! sedihlah melihatkan kepada dunia akhir zaman ni...
Tak payah lihat jauh-jauh! Lihat kepada remaja-remaja Melayu Islam di Malaysia ni jerrr
Saya lihat ramai kawan-kawan lama tampaknya telah tersalah tafsir cara pemakaian Islam yang sebenar...
Kalau yang faham pun just faham separuh aje.
Bukan faham semua.
Ada yang faham kena tutup aurat, jadi diorang tutuplah!
Memang betul tutup.
Tapi pakai seluar ketat
Pakai tudung tidak menutupi dada
Pakai baju menampakkan warna kulit
Mereka faham tidak menyeluruhi.
Ada jugak yang tahu dan faham.
Tapi, dek kerana terpengaruh dengan kawan-kawan, sogokan daripada artis-artis pujaan dan sebagainya,
mereka tetap berpakaian begitu yakni pakaian yang tidak menepati syarak.
Malah ada yang berasa malu kerana akan dikatakan ketinggalan zaman sekiranya hanya memakai baju kurung bersama tudung labuh.
Tidak up to date lah katakan..

Emh! Buat sahabat-sahabat yang membaca entry saya kali ini.
Ayuh sama-sama kita bendung suasana begini pada hari ini.
Jom sama-sama berusaha untuk memahamkan mereka yang tidak faham ini.
Doakanlah kawan-kawan kita ini setiap kali selepas kita bersolat.
Andainya tidak kita mampu untuk menegur secara berhadapan dengannya.
Tunjukkan contoh yang baik sahaja mampu membuat mereka berubah.
Inilah juga dikatakan dakwah.

Sesungguhnya saya menulis entry ini kerana berasa bertanggungjawab dek melihat kepada suasana pemakaian hari ini...
Saya sayangkan semua saudara-saudara seagama saya samada saya mengenalinya mahupun tidak.
Sedih melihatkan semakin ramai yang terpengaruh dengan pemakaian legging meskipun bertudung:(




Buat sahabat-sahabat yang dirindui...sejak daku masih kecil sehingga kini.
Yang mana pernah menjadi sahabatku. Tidak kira sahabat yang erat atau tidak.
Semuanya daku rindui..
Kenangilah daku dalam bait-bait doamu...
Agar daku menjadi seorang insan yang berjasa kepada agama yakni ISLAM.
Bantulah daku sahabat,
andai diri ini jatuh terduduk dengan segala mehnah duniawi
Hulurkanlah tanganmu agar dapat daku gapai
Dan sahabat, engkau akan memimpinku ke jalan yang benar, lurus lagi diredhainya!!!

Sesungguhnya daku tersangat-sangat merindui kamu semua....

Sunday 13 May 2012

Bismillah...
Alhamdulillah. Setelah seminggu saya berada di rumah ibu saudara saya yang merupakan rumah saya 9 tahun yang lalu, hari ini saya dah kembali ke rumah saya semula....Emh! home sweet home! very-very sweetlah!!!
Sepanjang saya berada di sana terkenang kembali memori saya semasa kecik-kecik dulu...petang-petang ramai aje kanak-kanak sebaya denganku samada lelaki mahupun perempuan akan ke padang...Padang tu depan rumah saya aje masa tu. Petang-petang memang meriah! macam-macam permainan kita orang main...Siap ada musim lagi. Bila musim bola, semua main bola...Musim wau! main wau semua dan macam-macam lagilah! Memang zaman kanak-kanak ni zaman yang paling best kot... Masa tu, saya kecil lagi...Petang-petang masa main kat padang, saya pun main sama dengan budak lelaki...main campur aje...masa tu langsung tak malu-malu dengan budak lelaki. iyelah...kecil lagi kan!!!

    Selagi tak dengar orang kat masjid mengaji, selagi tulah saya tak akan balik rumah. Bila dah balik pulak, mama dah menunggu depan pintu dengan rotan. Kan dah kena!!! huhuhu...Ni semua sebab saya ikut abang-abang sayalah! Kalu hari cuti lagi teruk. Lepas breakfast pagi tu, terus keluar rumah pergi main dengan kawan-kawan lelaki dan perempuan...balik rumah untuk solat dan makan aje. Lepas tu keluar semula untuk main. Balik rumah semula pun memang nyaris-nyaris maghrib dah! huhuhu....

      Best sangat masa tu coz suasana rumah saya masa tu ala-ala kampung sikit...dengan jiran selalu sangat bertegur sapa...huhuhu seronok betullah! Selalu saya suka sangat jalan-jalan rumah jiran. Mak cik jiran semua baik-baik.Saya memang suka kawan dengan orang tua-tua ni...sampai sekarang kalau mama saya nak keluar dengan kawan-kawan dia, saya mesti nak ikut. hehehe :) seronok tau

      Kat rumah lama saya, surau dekat aje. Malam-malam saya selalu ikut nenek saya pergi surau. Masa tu jalan kampung tak ada lampu jalan lagi. Nenek mesti bawa lampu suluh. Yang sebenarnya saya suka pergi kat surau tu coz saya akan jumpa kawan-kawan nenek. Dan kat surau tu boleh dikatakan tiap-tiap malam ada tazkirah. Lepas tazkirah biasanya ada makan-makan. Tazkirah sabelum isya'. Saya masa tu kecil lagi mana lah dengar tazkirah macam tu. So, apa keje saya?


      Of courselah saya pengsan....huhuhu. saya tersengguk-sengguk sambil menyandar kat dinding...Bila dah sudah tazkirah, tiba masa untuk solat isya'. Masa tu punyalah malas.....Tuhan aje tahu. Solat sambil mengantuk. Mesti semua pernah alami kan???

      Lepas aje solat, terus segar mata ni....huhuhu! dah tu tengok makanan. Mestilah segar. Sedap Tau makanan tu coz mak cik-mak cik kat kampung ni masakan diorang memang BESTlah....

         Huhuhu...Ni lah antara kenangan manis saya masa kecil-kecil dulu... Banyak lagi tau. Belum lagi kena usik dengan sorang pak cik ni...nanti saya sambung semulalah coz saya nak tolong mama masak ni...:)

    Enjoy reading ya!!!!

<3<3<3<3<3

LOVE YOU ALL...

Tuesday 1 May 2012

BISMILLAH...

Alhamdulillah, segala puji bagiNya tuhan semesta alam...selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad SAW...

1 Mei 2012 saya telah membuka akaun baru blogspot...sebelum ni dah pernah ada akaun blogspot ni, tapi tak menjadi...huhuhu!!!
Jadinya...harap adalah yang nak follow blog saya ni..sejak akhir-akhir ni, saya perasan kalau saya 'chat' dengan kawan-kawan ke, atau nak 'post' apa-apa kat FB ataupun nak tulis mesej ke, mesti akan ada perkataan 'huhuhu'...
Emhhh! yang sebenarnya, saya ni lepasan SPM..dan, Alhamdulillah! 'result' saya bolehlah tahan...tp, susah sikit nak apply 'course' yang dah lama saya impikan iaitu...MEDIK!!!
Rasanya macam dah nak putus asa nak ambil course tu sebab memang payah sangat-sangat nak dapat dengan result saya yang biasa-biasa tu...huhuhu...
Mesti UPU utamakan best student, yang dapat straight A ataupun yang dapat 9A ke atas...
Tapi, rezeki Allah nak bagi,siapa tahu...
Saya dapat maklumat pasal agensi yang hantar pelajar-pelajar yang nak ambil 'course' medik ke Mesir....
InsyaAllah...seandainya rezeki saya...akan ku jejakkan kakiku ke sana jua demi mencari ilmuNya yang teramat luas...
Sahabat-sahabat yang membaca post ini harapnya mendoakan yang terbaik untuk diri saya yek???
AMEEENNNN.....