Thursday 17 May 2012

Kau tercipta untukku



Pilihlah seseorang wanita itu untuk dijadikan isteri  kerana agamanya...
Emhhh!!!
Semakin biasa terdengar di cuping telinga saya!
Terkesan dengan ceramah yang disampaikan oleh pasangan Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi dalam forum kau tercipta untukku...
"Yang istimewa cik abang sayang di sebelah, pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul" 
Itulah antara mukaddimah ustazah dalam forum tu.
MasyaAllah...sangat terkesan setiap kata-kata yang keluar daripada mulut ustazah!
Tutur bicaranya sungguh lemah-lembut...
Menarik minat saya untuk terus mendengar forum itu.
Tidak hairanlah Dr.Farhan boleh kata selama 3 tahun lebih mereka menjadi pasangan suami isteri, mereka tidak pernah bergaduh...
Subhanallah!!!
Alangkah bahagianya alam rumahtangga mereka dek kerana dibayangi berkat dan rahmat dari Ilahi...
Dek kerana adanya agama dalam pembinaan Baitul Muslim!!!
Duhai sahabat...
Di sini daku ingin berpesan kepada semua termasuk diriku sendiri...
Persiapkanlah diri dengan ilmu agama yang secukupnya
Sebelum adanya hasrat hati untuk menyertai pasangan yang bahagia ini!
Terutamanya bagi bakal-bakal suami kerana anda  bakal menjadi seoramg ketua kepada isteri  
dan anak-anak.
Tanggungjawab anda adalah tersangat besar.

Tidak salah mempersiapkan diri lebih awal dengan ilmu rumahtangga meskipun perjalanan ke arah itu masih jauh...:)







No comments:

Post a Comment