Tuesday 12 February 2013

Mencari...

Sekian lama tidak disentuh laman ini....
Semangat menulis bukan tidak ada.
Namun, kerana diri ini bagaikan hilang seketika.
Diri yg suka menulis buat tatapan diri sendiri.
Ke mana hilangnya?
Mungkin mencari untuk mengenali lebih lagi diri ini.

Seketika menghilang...

Sekarang sudah di bumi asing
Bukan lagi bumi Malaysia tempat lahir diri ini
Di bumi kinainah yg mewarisi sejarah para nabi
Beradaku disini bukan fantasi
Tapi untuk berjihad demi ummah dicintai

Ilmu perubatan,bukan satu ilmu yang mudah

Tidak juga terlalu sukar...mungkin!
Tapi pengorbanan!
Kesungguhan,dan kekuatan melawan nafsu yg mengcengkam
Jauh daripada keluarga yang banyak menjadi tulanh belakang
Itulah yg mengajar diri mengenal kuat!

Banyak yang ku kenal 

Dan tahu mengenai dunia
Sungguh!
Pada zahirnya nampak indah...
Tapi, kebenarannya diri harus tabah

Sungguh!

Kadang-kadang rasa bagaikan nak terjatuh dan rebah tersungkur
Kalau tidak dikuatkan hubungan dengan Allah
Tidak aku berdiri lagi
Mungkin bangun...
Tapi waktu untuk membina kekuatan itu semula tidak dapat diulang semula

Maka,terasalah diri ini harus jauh mengembara

Mencari diri yg lebih baik
Yang lebih kuat untuk ummah!


~Rindu~

Saturday 3 November 2012

ergo ego...

بسم الله الرحمن الرحيم

Mungkin pernah kita berasa rendah diri dengan diri sendiri.
Melihat orang-orang di sekeliling mempunyai kelebihan melebihi kemampuan kita.
Contoh yang dekat dengan diri ini adalah dari segi pembelajaran.
Cemburu adalah perkataan yang sebati dengan diri melihatkan teman-teman.
Mereka dilihat sangat mudah menerima dan memahami apa yang diajar oleh doktor mahupun profesor dalam kelas.
Ya!
Dengan adanya sifat ini,langsung tidak membina diri.
Bahkan semakin menjatuhkan.
Diri akan terasa semakin lemah.
Tidak ada kegembiraan apabila bersama teman-teman ini.
Keinginan adalah lebih kepada mahu menyendiri.
Mula membina tembok ego yang semakin menjauhkan diri daripada cahaya yang memimpin.

Sebenarnya...buang semua ego yang tidak memberi apa-apa kelebihan itu.
Merendah diri perlu,tapi bukan merasa rendah diri.
Sentiasa bersedia untuk menerima kekurangan pada diri agar dapat dibantu kekurangan itu untuk menjadi satu kelebihan.
Kita mungkin nampak kelebihan itu satu kekurangan.
Tapi,pada orang yang memandang dan memerhati, mereka nampak kelebihan itu satu manfaat pada diri kita.

Mulakan langkah yang baru dengan niat dan azam yang baru.
Tinggalkan segala sifat-sifat dan pemikiraan-pemikiran negatif.
Demi kejayaan yang mana bukan sekadar untuk diri,keluarga,masyarakat dan negara,
Bahkan untuk dunia Islam.
Demi menaikkan semula Islam di mata dunia yang mana pada satu masa dahulu pernah memerintah 2/3 dunia.
Fikirkan hijrah ini adalah untuk Islam.
Bukankah mahu menjadi supersrikandi?

Mulakan langkah ringan yang senang.
Selangkah... maju ke depan.
Selangkah lagi, maju dan maju.
Yang silam dan lampau usah diingati.
Itu semua menjadi penghalang kemaraan ke depan.

Mulai detik itu,sekiranya kurang faham dengan apa yang dipelajari,teruskan dengan langkah bertanya.
Usah dipeduli kata orang kerna mereka mempunyai mulut yang tidak mampu untuk kita tutup.
Mereka ada hak untuk berkata-kata kerana mereka dikurniakan nikmat itu.

Cita-cita yang dikejar itu adalah untuk menggembirakan ibu ayah yang menggunung harapan terhadap kita.
Jangan lepaskan peluang itu.
Rebut dan kejarlah dengan bersungguh-sungguh.
Sekiranya rasa lemah bagaikan mahu tersungkur dalam perjalanan itu,kembalilah kepada Sang Pencipta.
Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri kita.

p/s:Go....bakal extraordinary doctor...doktor muslimah,mukminah,solehah,muttaqqinah.
       Keluarkan kelebihan luarbiasa engkau!
       Jangan biarkan mereka yang lain menonjolkannya dahulu kerana engkaulah yang paling terbaik antara                          
       yang terbaik!!!