Sunday 16 September 2012

Bismillahirrahmanirrahim...



Saat diri berasa tidak terkiranya dosa-dosa yang telah dilakukan samada sedar atau tidak,
Kembalilah kepadaNya Yang Maha Pengampun!


Firman Allah Taala:


A053

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)



Ya!
Saat itu, jangan pernah berasa  bahawa diri yang berdosa itu tidak mungkin lagi diampunkan Tuhan.
Jangan! Jangan! Jangan!!!!
Kerana bukankah Allah itu Maha Pengampun?

Allah Ta'ala itu juga amat suka sekiranya umatNya sentiasa memohon taubat kepadaNya.
Taubat itu tidak susah...
Apabila kita bertaubat,
::: menyesal  bersungguh-sungguh atas dosa yang telah kita lakukan.(tidak kira seberat mana dosa kita itu)
::: berazam! tidak akan pernah sekali-kali mengulangi dosa itu.
::: meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa.
  
Angkatlah tangan dan pohonlah keampunanNya.
Tidak susah untuk melakukannya.
Tidak memerlukan tenaga yang banyak.
Hanya hati yang penuh ikhlas dan insaf.



Saat berduka jangan terlalu mengikut perasaan.
Waktu itu, jangan kita bersendirian.
Kerana saat itulah syaitan mudah memasukkan jarum hasutannya ke dalam diri manusia.
Masa itulah juga mungkin perkara di luar kawalan akan kita lakukan.

Carilah seorang teman untuk meluahkan kesedihan kita itu.
Kita mungkin tidak menemui jalannya kerana saat itu fikiran sudah buntu.
Mungkin dia ada penyelesaian untuk kita.

So,masalah jangan dipendam seorang diri. Kelak membawa keburukan kepada diri sendiri... 











Monday 10 September 2012

Penerbangan menuju impian

Bismillahirrahmanirrahim...

Lafaz agung ini menjadi muqaddimah setiap kali memulakan entri baru.

Mood menulis sambil mendengar muzik 'A Time For Us'.
Terkenang dan mengenang kembali memori bersama sahabat-sahabat.
Mungkin sebelum-sebelum ini pun saya banyak menulis tentang sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui.
Kali ini pun mungkin sama.




Mood sekarang adalah fly....
Sekarang ni musim pelajar-pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke luar negara terbang di awan biru menuju ke destinasi masing-masing.
Mabruk!!!Mabruk!!!Mabruk!!!
Tengok dekat facebook, sahabat-sahabat yang bakal berlepas ke destinasi masing-masing dihantar oleh kawan-kawan dan teman-teman rapat mereka.
Bergambar bersama...berpelukan beramai-ramai dan menitiskan air mata bersama-sama.
Tidak merelakan perpisahan itu.
Mungkin mereka mempunyai komitmen masing-masing yang membuatkan mereka sibuk.
Tapi,demi teman baik,sanggup mereka mencuri sedikit masa buat menghantar sahabat mereka di airport.


Mungkin...gembira,sedih,pilu,hiba,seronok mengiringi perpisahan itu.
Perpisahan yang bakal saya hadapi.
Demi mengejar cita-cita keramat ini.


Relakan saja perpisahan itu.
Kerana akhirnya akan mengundang bahagia bersama.

Semua dalam usaha menggapai bintang.
Yang bakal menyinari hidup masing-masing.
Tabah!
Perkataan yang mudah.
Namun, semua orang tahu perasaan menghadapinya.

Tabahlah!
Wahai bakal-bakal mujahid dan mujahidah.
Jauhnya di sana tidak semudah hidupnya di sini.
Di sana tiada ibu dan ayah di sisi.
Hanya teman-teman baru dan senior-senior yang bakal memberi tunjuk ajar.
Segalanya bergantung pada kita.
Di sana jalan dan lorongnya banyak.
 Kita yang harus pandai memilih.
Memilih jalan yang terbaik!!!
Jangan pernah tersilap langkah.
Kerna langkah yang silap itu sukar untuk di ubah langkahnya.
Di situ perlukan lebih banyak pengorbanan.


Kepada diri sendiri,nasihat ini buat ingatan dirimu selalu.
Ingat!
Saat senangnya engkau di perantauan adalah saat sukarnya ibu dan ayahmu disini.
Betapa keringat yang mengalir itu.
Kenangilah itu!
Agar dirimu tidak pernah walau sesaat terleka!
Harapan mereka,jangan pernah engkau nodai.
Pengorbanan mereka!
Usah dikata...
Tidak terkira meskipun sepandai mana engkau mengira.


Ya!!!
Kejar cita-citamu sehabis daya...
Selagi boleh,selagi itu engkau harus bertahan.
Meskipun sukar,hadapinya jua....
Disana engkau bukan berseorangan.
Ada teman-teman disisi yang sama-sama berjuang!
Mereka mungkin tempat engkau berkongsi rasa.
Sama-sama membina kekuatan.
Daripada duduk berseorangan,kemudian bangkit berdiri bersama-sama.

Yang ini,jangan pernah walau sekalipun engkau lupa!
Mengadu kepadaNya yang Maha Esa...
Saat berduka, saat tertawa...
Sentiasalah mengingati Allah!
Kerana segala-galanya kembali semula kepadaNya.
Menangislah....
Menangislah....
Menangislah.....
Mengadulah......
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala apa yang ada dalam hati kita.

Relakan perpisahan itu...
Doa daripada ayah bonda sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita.

Buat sahabat-sahabat yang ku tinggalkan di bumi cintaku ini,
tiada kata-kata yang mampu ku zahirkan bagi mengenang kerinduanku kepada kamu semua.
Ku pohon doa tulus dari semua,buat mengiringi perjalanan daku disana.
Agar dipermudahkan segala-galanya...
Biar kembali dengan genggaman segulung kertas bernama ijazah!


Nukilan saya ini bukan untuk membuatkan sahabat-sahabat yang membacanya berasa iri hati atau apa sahaja perasaan negatif yang mungkin timbul dalam diri terhadap saya.
Rezeki kita masing-masing dah tertulis sejak azali.
Mungkin saya di bumi kinainah....
Kalian di bumi cintaku ini.
Tapi ketahuilah!
Ini hanyalah permulaan pengembaraan hidup kita.
Masih panjang liku-liku hidup andainya umur masih jauh....

Mungkin permulaan kita berbeza.
Tapi, pengakhirannya mungkin berbeza.
Bahkan pengakhiran kalian mungkin lebih baik daripada saya...
Sama-sama kita doakan agar pengakhiran kita semua adalah yang terbaik buat diri kita semua.....


Sampai ketemu di syurga nan abadi....