Monday, 10 September 2012

Penerbangan menuju impian

Bismillahirrahmanirrahim...

Lafaz agung ini menjadi muqaddimah setiap kali memulakan entri baru.

Mood menulis sambil mendengar muzik 'A Time For Us'.
Terkenang dan mengenang kembali memori bersama sahabat-sahabat.
Mungkin sebelum-sebelum ini pun saya banyak menulis tentang sahabat-sahabat yang sentiasa dirindui.
Kali ini pun mungkin sama.




Mood sekarang adalah fly....
Sekarang ni musim pelajar-pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke luar negara terbang di awan biru menuju ke destinasi masing-masing.
Mabruk!!!Mabruk!!!Mabruk!!!
Tengok dekat facebook, sahabat-sahabat yang bakal berlepas ke destinasi masing-masing dihantar oleh kawan-kawan dan teman-teman rapat mereka.
Bergambar bersama...berpelukan beramai-ramai dan menitiskan air mata bersama-sama.
Tidak merelakan perpisahan itu.
Mungkin mereka mempunyai komitmen masing-masing yang membuatkan mereka sibuk.
Tapi,demi teman baik,sanggup mereka mencuri sedikit masa buat menghantar sahabat mereka di airport.


Mungkin...gembira,sedih,pilu,hiba,seronok mengiringi perpisahan itu.
Perpisahan yang bakal saya hadapi.
Demi mengejar cita-cita keramat ini.


Relakan saja perpisahan itu.
Kerana akhirnya akan mengundang bahagia bersama.

Semua dalam usaha menggapai bintang.
Yang bakal menyinari hidup masing-masing.
Tabah!
Perkataan yang mudah.
Namun, semua orang tahu perasaan menghadapinya.

Tabahlah!
Wahai bakal-bakal mujahid dan mujahidah.
Jauhnya di sana tidak semudah hidupnya di sini.
Di sana tiada ibu dan ayah di sisi.
Hanya teman-teman baru dan senior-senior yang bakal memberi tunjuk ajar.
Segalanya bergantung pada kita.
Di sana jalan dan lorongnya banyak.
 Kita yang harus pandai memilih.
Memilih jalan yang terbaik!!!
Jangan pernah tersilap langkah.
Kerna langkah yang silap itu sukar untuk di ubah langkahnya.
Di situ perlukan lebih banyak pengorbanan.


Kepada diri sendiri,nasihat ini buat ingatan dirimu selalu.
Ingat!
Saat senangnya engkau di perantauan adalah saat sukarnya ibu dan ayahmu disini.
Betapa keringat yang mengalir itu.
Kenangilah itu!
Agar dirimu tidak pernah walau sesaat terleka!
Harapan mereka,jangan pernah engkau nodai.
Pengorbanan mereka!
Usah dikata...
Tidak terkira meskipun sepandai mana engkau mengira.


Ya!!!
Kejar cita-citamu sehabis daya...
Selagi boleh,selagi itu engkau harus bertahan.
Meskipun sukar,hadapinya jua....
Disana engkau bukan berseorangan.
Ada teman-teman disisi yang sama-sama berjuang!
Mereka mungkin tempat engkau berkongsi rasa.
Sama-sama membina kekuatan.
Daripada duduk berseorangan,kemudian bangkit berdiri bersama-sama.

Yang ini,jangan pernah walau sekalipun engkau lupa!
Mengadu kepadaNya yang Maha Esa...
Saat berduka, saat tertawa...
Sentiasalah mengingati Allah!
Kerana segala-galanya kembali semula kepadaNya.
Menangislah....
Menangislah....
Menangislah.....
Mengadulah......
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala apa yang ada dalam hati kita.

Relakan perpisahan itu...
Doa daripada ayah bonda sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita.

Buat sahabat-sahabat yang ku tinggalkan di bumi cintaku ini,
tiada kata-kata yang mampu ku zahirkan bagi mengenang kerinduanku kepada kamu semua.
Ku pohon doa tulus dari semua,buat mengiringi perjalanan daku disana.
Agar dipermudahkan segala-galanya...
Biar kembali dengan genggaman segulung kertas bernama ijazah!


Nukilan saya ini bukan untuk membuatkan sahabat-sahabat yang membacanya berasa iri hati atau apa sahaja perasaan negatif yang mungkin timbul dalam diri terhadap saya.
Rezeki kita masing-masing dah tertulis sejak azali.
Mungkin saya di bumi kinainah....
Kalian di bumi cintaku ini.
Tapi ketahuilah!
Ini hanyalah permulaan pengembaraan hidup kita.
Masih panjang liku-liku hidup andainya umur masih jauh....

Mungkin permulaan kita berbeza.
Tapi, pengakhirannya mungkin berbeza.
Bahkan pengakhiran kalian mungkin lebih baik daripada saya...
Sama-sama kita doakan agar pengakhiran kita semua adalah yang terbaik buat diri kita semua.....


Sampai ketemu di syurga nan abadi....





















Tuesday, 14 August 2012

Masihkah Ada Ramadan

Bismillahirrahmanirrahim.


Drama sempena Ramadan di Astro Prima baru sahaja berakhir.
Drama ini sungguh terkesan di hati.
Penceritaannya sungguh realistik. Tidak meleret-leret tanpa ada maksud seperti drama-drama melayu yang lain.
Kisah pengorbanan seorang anak bongsu yang tinggal bersama-sama kedua-dua orang tuanya, adik bongsu kepada abang-abang dan kakaknya.
 Zali, satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapanya kerana adik-beradik yang lain tinggal jauh di bandar kerana komitmen kerjaya masing-masing.
Ibunya sentiasa sedih apabila tibanya Ramadan dek mengenangkan anak-anak yang jauh di perantauan jarang-jarang pulang menjenguk.
Zali si bongsu tidak ditanya kemahuannya. Sekiranya abang-abang dan kakaknya pulang, si ibu pasti bertanyakan apa yang mahu mereka makan. Tapi, Zali yang sentiasa bersama-sama dengannya setiap hari tidak pernah ditawarkan untuk dimasakkan makanan kegemarannya.
Zali makan apa sahaja yang maknya masak dan tidak pernah komplen sedikit pun.
Rintihan hiba emaknya tentang abang-abang dan kakaknya yang jarang pulang menjenguk meruntun hati seorang anak.
Zali mengambil keputusan ke Kuala Lumpur menyusuli abang-abang dan kakanya.
Namun kehidupan abang sulungnya dan keluarga rupa-rupanya sudah jauh dari landasanNya yang sebenar.
Solat entah ke mana, puasa entah ke mana. 
Yang dikejar hanyalah kemewahan hidup yang fana'.
Zali berusaha menasihati dan meneladani anak-anak saudaranya.
Abang keduanya yang sentiasa mencemburuinya dek kerana berasakan emak mereka lebih menyayangi adik bongsunya itu daripada dirinya sendiri sejak dari kecil lagi.
Kakaknya yang mempunyai masalah rumahtangga yang semakin hari semakin retak.
Dalam usaha mengubati hati ibu tercinta, rupa-rupanya Zali dalam diam mempunyai kanser di tahap empat yang merupakan tahap terakhir.
Pemergiannya ternyata mempunyai hikmah yang cukup besar buat keluarganya.
Kedua ibu bapanya mungkin kehilangannya, namun mendapat kembali anak-anak yang dirindui selama ini.
Abangnya kembali ke jalan yang asal dan berusaha menjadi seorang suami, ayah dan anak yang lebih baik.
Abang keduanya ternyata berubah dan berusaha mencari nafkah untuk anak-anak dan isteri hasil daripada pemberian duit daripada arwah Zali supaya menguruskan sangkar ikan di kampung.
Kakaknya juga merujuk kembali dengan suaminya selepas jatuhnya talak pada hari kematiannya.
 Ternyata drama yang berlatar belakangkan kampung nelayan di Terengganu membawa penonton ke dunia yang sebenar dengan loghat Terengganu yang yang deka dihati penonton. Memang 'real'lah drama ni.
Pengajaran dan unsur-unsur nasihat banyak sangat diterapkan dalam ni.
Zali, pengorbanan sebagai anak,adik dan kekasih sememangnya sukar dicari zaman kini.
Memang terkesan sangat-sangat dengan pengorbanan Zali ni.